Tambisan: Satu Petempatan Terawal Suku Kaum Suluk Di Sabah.
Tambisan: Satu
Petempatan Terawal Suku Kaum Suluk Di Sabah.
Oleh : Mohd Zambri Bin Suharani, Mohd Faizal Rashid dan
Amrullah Maraining
Artikel ini memfokuskan sejarah petempatan suku kaum suluk di Tambisan
sebagai salah satu petempatan suku kaum suluk yang terawal di Sabah. Masyarakat
umum kurang mengetahui tentang kewujudan petempatan Suluk di Tambisan
disebabkan lokasinya yang sangat terpencil daripada masyarakat umum. Kewujudan
perkampungan di Tambisan telah membuktikan bahawa suku kaum Suluk telah lama
bertapak di Sabah. Oleh itu, artikel ini cuba merungkai peranan yang dimainkan
oleh kampung Tambisan sebagai salah satu petempatan terawal kaum Suluk di
Sabah. Selain itu, artikel ini akan mengkaji perkembangan masyarakat Suluk di
kampung Tambisan dari aspek ekonomi, sosial dan politik.