Syiling Syiling British North Borneo
Syiling Syiling British North Borneo
Set Syiling-Syiling Yang dikeluarkan oleh British North
Borneo Chartered Company
Apabila Baron Von Overbeck gagal mendapatkan sokongan
kerajaan Austria untuk usaha pelaburan dan pembangunan Konsesi Borneo Utara,
lalu dia telah menarik diri dari rakan kongsi Syarikat Konsesi Borneo Utara
(North Borneo Chatered Company) pada 1879. maka Alfred Dent dan rakan kongsinya
di London menjadi pemilik kepada konsesi sebuah wilayah yang besar di Borneo
Utara. Pada awal 1881, Alfred Dent dan rakan kongsinya menubuhkan syarikat
“British North Borneo Provisional Association Limited” untuk mengambil alih
semua kepentingan dan tuntutan Alfred Dent's keatas Borneo Utara sekaligus
mendapatkan Perkenan Diraja (Royal Charter) dari kerajaan British untuk
menubuhkan dan mengiktiraf “British North Borneo Company” sebagai pemegang hak
ke atas konsesi Borneo utara.