SHARIFF USMAN MARUDU DAN SANDOKAN


Shariff Usman adalah Sultan Marudu yang berperang dengan British
dan James Brooke, Raja Sarawak pada tahun 1845. Beliau dianggap Ketua Lanun
Paling Bahaya di Asia. Pihak British menganggap Shariff Usman sebagai ancaman
kepada Kerajaan British dan Raja Brooke Sarawak.
Shariff Usman juga adalah tokoh kontroversi yang dianggap
Pejuang Pertama di Sabah yang berani menentang dan mencabar pertuanan British
di Sabah.Beliau adalah pemerintah Marudu di Utara Negeri Sabah. Isterinya yang
pertama bernama Dayang Cahaya iaitu kerabat atau anak Sultan Sulu, seorang
wanita cantik yang putih melepak. Orang-orang Marudu menggambarkan Dayang
Cahaya sebagai berikut " apabila dia makan nasi, nasi akan nampak lalu
masuk dalam kerongkongnya". Bayangkanlah putihnya Dayang Cahaya ini.