Sejarah Pulau Gaya
Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali
sebagai “British North Borneo” pada waktu itu), pusat pemerintahannya di Pulau
Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British
terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di
persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil “Gentisan”. Petempatan tersebut
bertukar nama kepada “Jesselton” sempena memperingati Sir Charles Jessel.
Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri “British North
Borneo“, musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah
dipindahkan ke Jesselton.
Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada “Kota Kinabalu”
pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang
baru. Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun
1970-an dan 1990-an. Beberapa pekan yang baru telah muncul akibat daripada
pembukaan paya bakau dan hutan belantara. Kota Kinabalu diisytiharkan menjadi
bandar raya Malaysia yang pertama di alaf baru pada 2 Februari 2000. Datuk
Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Datuk Iliyas Ibrahim
dilantik sebagai Datuk Bandar kedua pada 2 Februari 2006, sempena ulangtahun
keenam pengisytiharan Bandaraya ini, dan masih memegang jawatan tersebut
sehingga hari ini.
