Sejarah Kaum Bisaya Sabah
Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan
sepanjang pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort,
Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gayadi Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan
Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau
Islam oleh suku kaum Dusun, Murut dan Rungus.
Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada
awal kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun
Sultan Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam
adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat
daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan
peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam
bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku
kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku Bisaya di Filipina namun suku
kaum Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah danSarawak,Malaysia
sahaja. Bisaya yang terdapat di Filipina dikatakan berasal dari Borneo dan
penghijrahan beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan oleh faktor politik
yang tidak menentu.