Sejarah Awal Putatan dan Penampang Di Zaman Pemerintahan Datu Menteri Babu
Oleh Kumis Kumis


Daerah Penampang dikatakan tidak berpenghuni di abad yang ke 17. Cuma ada sebuah perkampungan Brunei di Kinarut di mana Sultan Hakkul Mubin, yang memerintah Brunei dari tahun 1660-1673, pernah menjadikan Kampung tersebut sebagai tempat tinggal dan kubu pertahanannya (Maxwell, 2001).
Satu tindakan yg dikatakan di rancang oleh Sultan Muhyiddin yang memerintah Brunei dari tahun 1673-1690 selepas Peperangan Kinarut , menyebabkan ramai suku kaum Orang Laut (Bajau) Kinarut berpindah ke Putatan dan Kawang.