Sejarah Awal Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Pandasan dan Tempasuk di abad ke 19.

Sejarah Awal Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Pandasan dan Tempasuk di abad ke 19.
Sebelum tahun 1845, Wilayah Jajahan Brunei dari Sungai Ambong sehingga Teluk Marudu termasuk Tempasuk, Pandasan dan Abai adalah sebahagian hak kuasa Wilayah Jajahan "Sungai Kuripan" seorang pembesar Kesultanan Brunei bernama Pengiran Bendahara, Raja Muda Hashim, anak kepada Sultan Muhammad Kanzul Alam (1807-1826). Raja Muda Hashim mempunyai beberapa Wilayah Jajahan "Sungai Tulin" dan "Sungai Kuripan" di Borneo Utara. (E. Belcher, 1878),(Asbol, 2011),(UMS, 2015)