Sejarah Awal : Catatan Lisan Kisah Perpindahan dan Perang Minsangod Suku Tagahas atau Tagaas

Sejarah Awal : Catatan Lisan Kisah Perpindahan dan Perang Minsangod Suku Tagahas atau Tagaas 
Mohon Izin (Michael J Luan) Suku Tagahas dikatakan mendapat nama apabila perkampungan awal mereka yg pertama selepas penghijrahan besar terletak bersebelahan dengan sebatang pokok besar bernama Pokok Tagaas (Duabanga Moluccana) . 
Suku ini sebenarnya cuba mencari penempatan yg baik untuk kaum mereka. Suku ini juga mempunyai jumlah pahlawan perang yg agak ramai terkenal hebat gagah berani selain mempunyai ilmu kebatinan yg tinggi serta mempunyai kekuatan mistik dan ghaib termasuk ilmu kebal. Mereka berjalan ke arah kawasan tanah tinggi melalui Togudon dengan menggunakan Sungai Konipir sebagai panduan arah jalan. Satu kelompok Suku Tagahas akhirnya sampai di kawasan bukit Ulu Kiulu dan membuka sebuah perkampungan bernama Lokos. Lokos bererti sebuah kawasan yg terletak berhampiran beberapa anak sungai.