Sejarah Awal, Catatan Lisan dan Legenda Suku Tatana, Kuala Penyu
Oleh Kumis Kumis

Lebih kurang 2000 tahun yang lalu satu rumpun kaum yang
berbahasa Austronesia telah sampai ke Sungai Klias dan mengebumikan
jenazah mereka di dalam sebuah gua di
Pulau Burong berhampiran Pulau Labuan.
Gua di Pulau Burong merupakan salah satu penempatan awal di Borneo Utara dan merupakan tapak peninggalan mereka, dalam kajian Tom dan Barbara Harrisson (1971) yg telah membuat galian di gua tersebut sekitar tahun 1960 an, menemui peninggalan yg dikenal pasti dari "Suku Murut Sandiwar" dan mereka berpendapat bahawa Suku Lun Bawang atau Suku Bisaya belum lagi tersebar ke arah utara Teluk Brunei ketika itu.