RIWAYAT HIDUP PENGARANG SYAIR RAKIS

RIWAYAT HIDUP PENGARANG SYAIR RAKIS
Pengiran Indera Mahkota
Pengiran Indera Mahkota
Dalam masa pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin I, 2 orang anak Pg. Indera Mahkota Pengiran Sulaiman Bin Pg. Abdul Rahman Bin Pengiran Temanggong Dakula Pg. Abdul Rauf Ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin, telah melarikan diri ke Sambas kerana merajuk yang bernama Pg. Serail Dan Pg. Sharifuddin. Kabarnya, peristiwa ini berlaku kerana suatu perselisihan faham di antara mereka dengan pihak Sultan Omar Ali Saifuddin I mengenai pertunangan di antara Pg. Serail dengan Pg. Anak Saleha binti Pg. Pemancha Pg. Kassim yang telah PUTUS kerana di rebut oleh Pg. Muda Muhammad Kanzul Alam (Sultan Muhammad Kanzul Alam). Pg. Anak Saleha ini bondanya, Pg. Isteri Pengiran Anak Puteri Bungsu binti Sultan Husain Kamaluddin. Dia menjadi puteri tiri kepada Sultan Omar Ali Saifuddin I (sesudah Pg. Pemancha Pg. Kassim Mangkat).

Di Sambas, mereka berdua dipelihara oleh Sultan Omar Aqmaddin, Sultan Sambas dan dijadikan menantu. Pg. Serail dikahwinkan dengan puteri baginda, Radin Fatimah, dan bergelar Pg. Kesuma Ningrat Pg. Serail dan Pg. Sharifuddin di kahwinkan juga dengan puteri baginda, Puteri Kenchana, dan bergelar Pg. Sharmayuda Pg. Sharifuddin. Maka beranakkan Pg. Shahbandar Sahibol Bandar Pg. Muhammad Salleh.