RAJA DUMPIL
Tercatit dalam sejarah Sabah bahawa Islam tiba di Pantai
Barat Sabah pada awal tahun 1900an. Namun ada beberapa masjid yang telah dibina
pada awal tahun 1800an. Diantaranya ialah Masjid Kampung Ulu Putatan yang
dibina sekitar awal tahun 1800an yang juga antara masjid tertua yang masih
wujud di Putatan. Samada Masjid Kampung Ulu Putatan ini adalah yang tertua di
Sabah berbanding dengan Masjid Hasabollah at-Tahiri di Sandakan yang dibina
pada lewat tahun 1800an, hanya ujian ”carbon dating” sahaja yang boleh
mengesahkan usianya.
Apakah kaitan Masjid Kampung Ulu Putatan dan Kuala Sungai
Dumpil?