Perjanjian 1888: Suatu Harapan dan Kekecewaan.
Perjanjian 1888: Suatu Harapan dan Kekecewaan.
Oleh
Ismail Bin Haji Awang Nordin
Jabatan Sejarah, FASS
Universiti Brunei Darussalam
Abad ke -19 adalah kurun yang sangat mencabar bagi Negara
Brunei Darussalam. Abad tersebut merupakan abad di mana negara-negara di Asia
tenggara menghadapi arus hubungan, ancaman dan penjajahan daripada kuasa-kuasa
barat. Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripada arus tersebut.
Situasi Brunei dalam abad ke-19 turut mengundang penglibatan orang-orang
Inggeris. Pada mulanya secara individu, syarikat dan kemudian melibatkan
kerajaan Inggeris.