Perang Si Gunting Pahlawan Dusun Kota Marudu 1894-1905.

Perang Si Gunting Pahlawan Dusun Kota Marudu 1894-1905.
Mohon Izin : Perang Si Gunting Pahlawan Dusun Kota Marudu 1894-1905. (Galap Tambuakar) Pada tahun 1894 suku kaum Dusun dari Mumus yang tinggal di kawasan bukit Kota Marudu diketuai oleh seorang Pahlawan bernama Si Gunting mula memberontak terhadap pihak SBBUB untuk memperjuangkan dan mengekalkan adat budaya suku kaum Dusun yg diamalkan turun temurun.
Seorang Kerani SBBUB dan 7 orang polis terbunuh di mana Tuan Residen R.M. Little nyaris sempat menyelamatkan nyawanya dalam serangan pusat pentadbiran kompeni di Serinsim. Menurut maklumat yg di kumpul beberapa tahun kemudian ternyata Si Gunting mempunyai masalah dengan Kerani SBBUB dan anggota Polis yg menjaga ditempatnya . Si Gunting mengadu masalah beliau kepada Ketua Anak Negeri yg bernama Datoh Undok. Dalam laporan Datoh Undok kepada tuan Residen pula mengatakan orang yg sebenarnya bersalah adalah Si Gunting yg sepatutnya tahu menyelesaikan masalah yg timbul dikawasannya .