Perang Saudara Mukah 1852
PERANG SAUDARA MUKAH 1852
Mukah merupakan salah satu daerah yang merupakan antara
pengeluar hasil sagu yang amat bernilai di Sarawak pada masa sekarang.
Penghasilan sagu di Mukah bukannya hanya dilakukan secara komersial sekarang
tetapi sagu juga merupakan penyebab kepada mengapa Mukah yang dahulunya salah
satu daerah yang diperintah oleh pembesar Kesultanan Brunei jatuh kepada tangan
Keluarga Brooke.suatu waktu dahulu. Ianya semua berlaku kerana berlakunya
perang saudara diantara ketua masyarakat Mukah yang akhirnya membawa kepada rentetan
Mukah yang kaya ini menjadi salah satu tanah jajahan di dalam empayar Negara
Sarawak dibawah pemerintahan Kerajaan Brooke suatu ketika itu. Inilah sejarah
yang tiada di dalam pembelajaran teks sejarah bagi kita Bangsa Sarawak
sekalian.