PERANG SAUDARA DI BRUNEI (T.M 1661-1673)
Bab 1:
Bersabung Ayam dan Mahkota Berdarah. “Kok kok kok…” Bunyi
ayam sabungan bersahut-sahutan di halaman istana Duli Yang Teramat Mulia Pg Bendahara Abdul Mubin. Di halaman Istana orang ramai berkumpul untuk
menyaksikan temasya bersabung ayam pada pagi itu. Anak Pengiran Bendahara Abdul
Mubin datang untuk menyaksikan temasya tersebut dan juga berniat untuk
bersabung ayam dengan anak Sultan Muhammad Ali iaitu Pengiran Muda Alam.
Penjaga ayam: “Junjung Lai” Anak Pengiran Bendahara: “ oh Miatu. Mana ayam
kita, bawa ke mari biar kita lihat dulu.” Penjaga ayam: “ Mohon di ampun, ada
peramba tambat di sana.” Penjaga ayam pun mengambil ayam tersebut untuk di
sembahkan kepada Anak Pengiran Bendahara. Anak pengiran Bendahara pun menyambut
ayam sabungannya dan ayam itu berkokok 3 kali berturut turut sambil
digosok-gosoknya kepala dan belakang ayam tersebut. Kedatangan Pengiran Muda
Alam ke halaman Istana dengan pengiring-pengiringnya. Anak Pengiran Bendahara:
“Junjung Ngian muda,” kata anak Pengiran Bendahara menyilakan. Pengiran muda
Alam: “Terima kasih, mana ayam awangku?” Anak pengiran Bendahara: “Tu nah di
belakang” Tanpa membuang masa mereka pun memulakan persabungan ayam antara ayam
persabungan Pengiran Muda Alam dan Anak Pengiran Bendahara. Keadaan di halaman
istana menjadi riuh rendah kerana sorak daripada kedua belah pihak. Akhirnya
ayam sabung Pengiran Mula Alam kalah dalam persabungan tersebut dan penyokong
pihak anak Pengiran Bendahara bersorak gembira dengan kemenangan tersebut
sehingga melompat-lompat.
