Perang Pandasan

Sejarah Ringkas
Pandasan merupakan sebuah perkampungan terpinggir di utara daerah Kota Belud Sabah. Satu ketika dahulu di bumi Pandasan ini masyarakatnya begitu teguh berpegang pada ajaran dan undang undang Islam. Pernah terjadi seorang pemuda berbangsa Samah beragama Islam telah dikenakan hukuman sebat kerana kesalahan berzina. Pasangannya adalah seorang gadis berbangsa Dusun bukan Islam. Gadis tersebut juga dikenakan hukuman mengikut hukum adat suku kaum Dusun kerana undang undang Islam tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.