Perang Padas Damit 1888 : Satu Persoalan Siapakah Pengiran Shahbandar Hassan?? - Kumis Kumis

Perang Padas Damit 1888 : Satu Persoalan Siapakah Pengiran Shahbandar Hassan?? - Kumis Kumis


Mohon Izin : (Perang Padas Damit 1888 : Satu Persoalan Siapakah Pengiran Shahbandar Hassan?? ) (Kok Yun Lim dan Pengiran Suheirman PS) Perang Padas Damit merupakan satu Peperangan yg agak kompleks bagi pihak SBBUB disebabkan Sultan Brunei dan Treacher telah bersetuju untuk menyerahkan Daerah Padas-Klias kepada pihak kompeni dengan bayaran tahunan sebanyak $150 setahun pada 5.11.1884. 
Pemerintah Padas Damit adalah Pengiran Shahbandar yg mewakili pemiliknya Babu Fatimah yg mendapat Sungai Tulin Padas Damit sebagai berian oleh Sultan Brunei. Apabila pegawai kompeni cuba mengambil alih kawasan yg baru mereka dapat ini, tiba tiba di bantah oleh Pengiran Shahbandar bahawa tebing Sungai sebelah kanan Sungai Padas adalah sempadan Sungai Tulin Padas Damit.