PENGIRAN BENDAHARA PENGIRAN MUDA HASHIM IBNI SULTAN MOHAMMED KANZUL ALAM

PENGIRAN BENDAHARA PENGIRAN MUDA HASHIM IBNI SULTAN MOHAMMED KANZUL ALAM
Pengiran Muda Hashim merupakan satu nama besar di dalam rentetan sejarah Sarawak sejak ianya menjadi tanah kuripan kepada Kesultanan Brunei Darussalam sehinggalah Sarawak menjadi Sarawak Kingdom dibawah pemerintahan rajah yang pertama iaitu Sir James Brooke lagi. Mungkin ramai generasi baru Sarawak hanya mengenalinya menerusi satu nama jalan di Kuching yang dinamakan Jalan Raja Muda Hashim dan untuk artikel kali ini, Borneo Oracle akan berkongsi sejarah mengenai baginda untuk kita sama-sama mengenali baginda secara lebih ilmiah.
Dilahirkan dengan nama sebenarnya Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim ibni Sultan Mohammad Kanzul Alam merupakan putera kepada Sultan Muhammad Kanzul Alam ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I yang menaiki takhta Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam dari tahun 1807 sehingga 1826. Ketika baginda menaiki takhta hanyalah merupakan pemangku Sultan memandangkan ketika itu putera mahkota yang sebenar iaitu anakanda kepada Sultan Muhammad Tajuddin, Sultan Omar Ali Saifuddin II masih terlalu kecil untuk menjadi pemerintah Brunei.