Skip to content

Orang Laut

Orang Laut

Perkampungan Orang Laut di Kepulauan Riau

Istilah Orang Laut secara umumnya merangkumi pelbagai jenis suku dan kelompok kecil yang mendiami persisiran pantai dan pulau-pulau luar persisir di selatan Semenanjung Malaysia, timur Pulau Sumatera serta pulau-pulau dan muara sungai di Kepulauan Riau-Lingga, Kepulauan Batam, Pulau Tujuh dan Pulau Singapura. Mereka adalah penduduk pribumi di selatan Semenanjung Malaysia, Singapura dan timur Pulau Sumatera, Indonesia.