Negeri Murut

Negeri Murut
Sejarah Aki Antanom, Pahlawan besar Murut yang bertanggung jawab mendirikan "Negeri Murut" di Selatan Sabah, North Borneo.
Siapakah Antanom? Antanom atau nama sebenarnya Ontoros bin Antanom dilahirkan di kawasan Masinpunon di sungai Salarom pada 1885 dan beliau berasal daripada keturunan suku Murut Tagol. Ontoros merupakan seorang pemuda yang hidup di zaman persengketaan kaum, aktiviti headhunting berleluasa, perang antara kampung sangat rancak, dan setiap kampung bermusuhan dengan kampung lain. Dia hidup di bawah ancaman dari musuh-musuh di sekitarnya. Dengan berlatarbelakangkan zaman penuh pergolakan dan peperangan, maka Ontoros Antanom dibesarkan untuk menjadi seorang "kalawon" atau pahlawan dengan pelbagai ilmu ghaib menurut mistik kaum Murut Tagol.