Meriam Sultan Setebuk: Simbol Keagungan Sejarah Maritim Orang Iranun di Tempasuk, Sabah - ISMAIL ALI & JAMALUDDIN MOKSAN
ISMAIL
ALI & JAMALUDDIN MOKSAN
Meriam
Sultan Setebuk: Simbol Keagungan
Sejarah
Maritim Orang Iranun di Tempasuk, Sabah
IKHTISAR: Setakat ini kajian dan
penulisan berhubung aspek sosial, ekonomi, sosio-budaya, seni bina,dan warisan
komuniti Iranun masih lagi terbatas dan hanya dilakukan oleh beberapa orang
sarjana sahaja. Hal ini secara langsung telah menyebabkan banyak peninggalan
sejarah orang Iranun masih lagi belum diselongkar dan ditonjolkan kepada umum.
Makalah ini ditulis dengan tujuan untuk mendokumentasikan semula kewujudan
sebuah meriam besi di tanah perkuburan Kota Peladuk (Matampai) Kota Belud,
Sabah, Malaysia, yang dikenali sebagai “Meriam Sultan Setebuk”. Berdasarkan
kepada sejarah peradaban maritim di Sabah, ianya menunjukan bahawa meriam ini pernah
menjadi simbol keagungan dan ketuanan orang Iranun di dunia Melayu, sehingga
pernah mendapat jolokan sebagai “Lord of the Eastern Sea” oleh orang-orang
Barat. Namun demikian, pada hari ini meriam berkenaan hanya tinggal sebagai
sebuah besi berkarat dan terbiar begitu sahaja. Dalam erti kata lain, ketiadaan
kajian yang komprehensif terhadapnya telah menyebabkan sejarah kewujudan
orang-orang Iranun di Tempasuk masih lagi kabur. Berdasarkan kepada artifak
meriam ini pula telah banyak membantu menyelongkar sejarah asal-usul dan
peradaban maritim orang-orang Iranun di Sabah, Malaysia.