Menjejak Lanun Dan Bangsa Mujahid Di Nusantara

1. Tidak ramai yang sedar istilah ‘LANUN’ adalah berasal
daripada perkataan ‘Iranun’ yang merupakan salah satu kaum di Sabah. Iranun
bermaksud “Berkasih-kasihan” yang menunjukkan wujudnya sistem hubungan sosial
yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim. Negeri
asalnya adalah Tempasuk dan di jajahan Riau mereka di sebut ‘Ilanun’.
2. Suku Iranun ini pernah menjadi musuh utama syarikat
british borneo utara (SBBU) yang pernah menjajah negeri Sabah. Penjajahan SBBU
di Sabah telah membangkitkan semangat Jihad dikalangan suku Iranun, menyebabkan
para pembesar mereka mengisytiharkan perang dan kawalan ketat dikawasan
perairan kepulauan Melayu.