Maharaja Panglima Untung
Kota Marudu adalah sebuah daerah yang terletak di utara
Negeri Sabah. Sebelum wujudnya Kota Marudu pada tahun 1970an, nama MARUDU atau
MALUDU telahpun wujud dalam Peta Dunia sejak abad ke-14 lagi atau lebih kurang
500 tahun yang lalu, iaitu sama zaman dengan wujudnya nama MELAKA dalam sejarah
dunia dan merupakan antara nama yang tertua sekali tercatat di Tanah Borneo.
Lebih jelas lagi,nama MARUDU atauMARUDO atau MALUDU merupakan NAMA DAERAH ATAU
WILAYAH ATAU NEGERI YANG TERTUA SEKALI yang telah digunakan dalam Negeri Sabah
yang pernah tercatat dalam Sejarah Borneo. Namun keberadaan nama Marudu dalam
peta dunia zaman kuno tidak disedari oleh orang-orang Sabah khasnya dan
orang-orang Malaysia amnya. Malahan, tidak dinafikan kebanyakan ahli-ahli
akademik, sejarawan, ahli politik atau pihak pentadbiran daerah dan negeri
tidak menyedari dan tidak mengetahui perkara ini.
Ramai orang mendakwa, nama Bandau lebih awal digunakan dari
nama Marudu untuk merujuk kewujudan Daerah Kota Marudu. Namun demikian, perkara
ini adalah tidak benar dan sengaja diada-adakan. Perbuatan ini adalah satu
perbuatan dan tindakan yang bersifat prejudis, tidak bertanggung jawab dan
sengaja membunuh sejarah bangsa dan negeri sendiri. Tidak ada satupun catatan
sejarah silam atau bukti arkeologi dan antropologi yang membenarkan kewujudan
nama Bandau. Namun demikian, soal nama dan ras bangsa bukanlah satu kayu ukuran
untuk mengukur rasa cinta dan sifat jatidiri serta kesetiaan kepada tanah air.
Apa yang lebih penting ialah perpaduan dan kedamaian di kalangan warganya yang
disertai dengan rasa tanggung jawab secara bersama untuk membangunkan dan
mencintai tanah air kita.