LEGENDA GUA GOMANTONG
HUJAN yang turun sejak beberapa hari lalu setelah kemarau
lebih tiga purnama menumbuhkan pucuk muda kegemaran rusa dan binatang liar lain
yang menghuni rimba raya. Raja Tua Batulong yang tinggal di Kampung Kuala
Kuamut, Ulu Sungai Kinabatangan
merasakan masa untuk berburu telah tiba, apatah lagi tuaian padi musim ini amat
berhasil.
Maka bertolaklah Raja Tua Batulong ke dalam hutan rimba yang
tebal bersama anjing kesayangan dan sebilah lembing yang tajam. Oleh kerana
terlalu asyik melihat tapak kaki rusa dan tembadau, Raja Tua Batulong tersesat
jauh ke dalam hutan dan tidak tahu di mana berada.