LEGENDA EMPAT MATA
ADA suatu ketika dahulu sebelum Sabah bernama Sabah dan
sebelum manusia mengenal kemajuan, tinggal dua beradik, Empat Mata dan Tunggal
Mata di Bukit Garam berdekatan sebatang sungai yang
sentiasa keruh airnya kerana berbuaya (Sungai Kinabatangan).
Dua beradik ini bukan sebarangan manusia kerana Empat Mata
bermata empat iaitu dua di hadapan dan dua di belakang kepala sehingga boleh
melihat 360 darjah. Manakala Tunggal Mata hanya mempunyai sebutir biji mata di
tengah-tengah dahi seperti Dajjal yang digambarkan akan hadir di akhir zaman
atau jin mata satu yang menjadi watak komik seram.