Lagenda Datu Paduka Mat Salleh Berdasarkan Cerita Lisan

Lagenda Datu Paduka Mat Salleh Berdasarkan Cerita Lisan
Datu Paduka Mat Salleh adalah seorang tokoh pahlawan terbilang di negeri Sabah di zaman penjajahan British. Beliau adalah seorang pahlawan dan Ketua Masyarakat yang berbangsa Suluk - Bajau. Bapanya dikenali sebagai Datu Balu dan merupakan seorang Penguasa atau Ketua di kawasan Sugut. Ibunya berbangsa Bajau dan dipercayai berasal dari Inanam. Mat Salleh adalah tokoh pejuang yang menentang penjajahan British di Sabah. Kegagahan dan kepimpinan beliau bukan sahaja ditakuti oleh pihak British, malahan beliau telah melancarkan penentangan ala-gerila yang menyatukan kaum-kaum bumiputera di Sabah. Beliau adalah Lambang Perpaduan Rakyat Sabah.