KRITIKAN SUMBER SEJARAH
KRITIKAN SUMBER
Istilah kritikan merujuk kepada proses pentafsiran bukti
iaitu satu ujian mendapatkan kebenaran. Ia bukanlah satu pendirian secara
mental mengenai sesuatu isu. Menurut Marc Bloch, kritikan ialah menguji
kebenaran sesuatu sumber kerana berpunca dari kesangsian terhadap fakta.[1]
Menurut Yusof Ibrahim, sumber boleh didefinisikan sebagai suatu yang boleh
dijadikan punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan-penulisan.
Justeru, secara ringkasnya kritikan pula boleh dikatakan sebagai penilaian
bahan yang dijadikan bukti terhadap sesuatu dakwaan atau penulisan.[2]