Kerajaan Sanggau
Sanggau adalah salah satu kabupaten yang terletak di
Kalimantan Barat iaitu ianya tidaklah berapa jauh lokasinya dari Pontianak,
Kalimantan Barat. Kabupaten Sanggau juga adalah salah satu kabupaten yang mana
penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa seperti Dayak Bidayuh, Dayak
Keramabi, Dayak Mali, Dayak Desa, Dayak Pandu, Dayak Ribun, Dayak Iban serta
kaum Tionghua dan juga Melayu yang mendiami setiap daerah di kabupaten Sanggau
itu sendiri.
Umum juga mengetahui betapa dekatnya masyarakat Dayak
Sarawak dengan Dayak di Kalimantan Barat yang mana sejak dahulu lagi memang
terbukti Dayak Sarawak juga mempunyai susur galur yang sama dengan mereka yang
mendiami keseluruhan Pulau Borneo sekarang. Dan kerana itulah banyak sejarah
masyarakat Dayak Sarawak mahupun Melayu juga banyak berkait rapat dengan
kerajaan-kerajaan kuno yang pernah bertapak di bumi Borneo suatu waktu dahulu.
