Kepahlawanan Brunei
Sejarah kegagahan orang-orang Brunei sedari dahulu lagi
memang banyak diceritakan melalui sejarah kesultanan kitani. Kegagahan mereka
bukan calang-calang, ini diperolehi dari tenaga batin yang mereka latih
sepanjang hidup mereka. Namun perkara sebegini dianggap syirik, kerana di dalam
hadith ada menyatakan bahawa, “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke
atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa
mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan
amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembnyi.”
Semua ini digunakan adalah untuk mempertahankan Negara
tercinta dan jua agama Allah yang dianut sejak dahulu lagi. Ini dapat dilihat
dari angka penduduk di Brunei yang diagak sikit dibandingkan dengan
negara-negara kafir luar sebagai contoh Majapahit, Portugis, Sepanyol dan
banyak lagi yang penduduknya sudah banyak di tambah lagi dengan kecanggihan
senjata api pada masa itu. Sudah tentu jika mereka mengatur serangan kearah
penduduk Brunei dahulu akan hancur dengan sekelip mata. Agama islam di tanah
melayu pula akan pupus diganti dengan agama lain. Dengan ketangkasan silat dan
kekebalan diri, membolehkan panglima kitani untuk menghapuskan tentera-tentera
kafir yang begitu banyak sekali. Alhamdulillah bilangan penduduk kitani zaman
ani semakin berkurangan mempelajari ilmu sebegini.
