ASAL-USUL KAUM IRRANUN (IRANUN, ILLANUN DAN LANO) DI SABAH ASAL-USUL KAUM IRRANUN (IRANUN, ILLANUN DAN LANO) DI SABAH

Ramai kawan-kawan bertanya pada saya tentang asal-usul kaum Irranun di Sabah, kebetulan pula saya termasuk dalam misi pengkaji dari Universiti Malaysia Sabah yang berkaitan dengan Kebudayaan Irranun dan kaitannya dengan seni visual. Masa dan tarikh kajian ialah  29.05.2011 hingga 10.06.2011.Dalam hal ini, sedikit sebanyak dapatlah mungkin saya menjawab persoalan mereka, ini kerana secara tidak langsung kami mengkaji juga tentang asal-usul kaum Irranun di Sabah ini. 
Saya amat tertarik untuk menumpahkan sedikit pengatahuan yang kami dapat semasa kajian kami di Pulau Mandano khususnya di Bandar Cotabato, Pulau Bonngo, Bandar Marawi dan Tasik Lano De Sur. Saya suka memulakan penyataan ini dengan menyatakan pengakuan daripada Datu Michael O. Mastura, merupakan keturunan Sultan Kudarat, Maguindanao dan mempunyai pertalian keluarga dengan Shariff Kabunsuan. Shariff Kabunsuan adalah tokoh yang sering dinyatakan  dalam buku-buku sejarah masa ini.