Meriam Buaya Putatan tahun 1900

0
76

Meriam ini dikatakan milik keluarga Datu Batani salah seorang pembesar yang berasal dari Brunei yang dilantik oleh Sultan Brunei untuk mentadbir kawasan Putatan sehingga Kasigui.

Dua orang antara pembesar di zaman yang sama adalah Datu Panglima Banting dan Datu Damidal @ Delingao.

Datu Batani mempunyai tiga orang anak iaitu seorang perempuan bernama Jounil dan dua anak lelaki bernama Linjungan dan Kinuli.

Keturunan dan susurgalur Datu Batani ramai berada di Penampang sehingga hari ini.

Adakah anda keturunan Datu Batani? (sila kongsikan maklumat, email ke admin@borneohistory.com)

Ada sebatang jalan di Papar dinamakan Jalan Datu Batani sempena memperingati sumbangan dan jasa beliau terhadap masyarakat tempatan terutamanya di kawasan Putatan, Penampang, Papar dan sekitarnya suatu ketika dulu.

Hubungan dan asal usul Datu Batani dengan Brunei dapat dijelaskan serta dikaitkan dengan kewujudan “Meriam Buaya Putatan” ini.

Meriam Buaya merupakan khazanah sejarah Silam Putatan yang amat berharga.

Meriam ini sangat diminati oleh George C Whoolley seorang pegawai Kolonial di mana akhirnya beliau berjaya mendapatkan Meriam Buaya Putatan milik Datu Batani sebagai salah satu koleksi peribadi beliau.

Begitulah serba sedikit sejarah dan latar belakang cerita Meriam Buaya Putatan.

Sumber dan Gambar:

1. Prof. Danny Wong and Stella Moo, The Diaries of George C Woolley. Sabah Museum

2. Mary Kan Kiob dan Jeffery Linjungan (Cicit dan Cucu Datu Batani)

Meriam ini dikatakan milik keluarga Datu Batani salah seorang pembesar yang berasal dari Brunei yang dilantik oleh Sultan Brunei untuk mentadbir kawasan Putatan sehingga Kasigui.

Dua orang antara pembesar di zaman yang sama adalah Datu Panglima Banting dan Datu Damidal @ Delingao.

Datu Batani mempunyai tiga orang anak iaitu seorang perempuan bernama Jounil dan dua anak lelaki bernama Linjungan dan Kinuli.

Keturunan dan susurgalur Datu Batani ramai berada di Penampang sehingga hari ini.

Adakah anda keturunan Datu Batani? (sila kongsikan maklumat)

Ada sebatang jalan di Papar dinamakan Jalan Datu Batani sempena memperingati sumbangan dan jasa beliau terhadap masyarakat tempatan terutamanya di kawasan Putatan, Penampang, Papar dan sekitarnya suatu ketika dulu.

Hubungan dan asal usul Datu Batani dengan Brunei dapat dijelaskan serta dikaitkan dengan kewujudan “Meriam Buaya Putatan” ini.

Meriam Buaya merupakan khazanah sejarah Silam Putatan yang amat berharga.

Meriam ini sangat diminati oleh George C Whoolley seorang pegawai Kolonial di mana akhirnya beliau berjaya mendapatkan Meriam Buaya Putatan milik Datu Batani sebagai salah satu koleksi peribadi beliau.

Begitulah serba sedikit sejarah dan latar belakang cerita Meriam Buaya Putatan.

Sumber dan Gambar:

1. Prof. Danny Wong and Stella Moo, The Diaries of George C Woolley. Sabah Museum

2. Mary Kan Kiob dan Jeffery Linjungan (Cicit dan Cucu Datu Batani)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here