Sejarah Sabah Yang Hilang
Menjejak Pahlawan Sabah Yang Tidak Di Dendang
Siapakah Datoh Majapar, “Government Chief, Inanam” 1897
Salam hormat dan salam sejahtera kepada semua peminat Sejarah Borneo Utara Sabah.
Generasi sekarang tidak terdedah dan mengetahui tentang kekayaan ilmu masyarakat Nusantara dahulu kala yang terakam dalam puluhan ribu manuskrip bertulis jawi yang di simpan di dalam dan di luar negara.
Bukan sahaja ilmu mengenai hikayat serta cerita penglipur lara, undang-undang dan agama tetapi manuskrip yang terakam menyentuh bab susurgalur kerajaan feudal lama, kisah peperangan, pemindahan dan penempatan semula masyarakat maritim dahulu kala di merata tempat dan kepulauan di Nusantara dan pelbagai kisah lain lagi.
Malah unsur mistik juga turut dimasukkan ke dalam manuskrip bertulis jawi seperti cara membuat sihir, jampi dan serapah, gambaran wajah dan bentuk mahkluk halus seperti jin dan orang bunian.
Sepanjang perjalanan sejarah manusia, peradaban besar telah dibangunkan dan berkembang. Namun ada beberapa peradaban yang awalnya berjaya yang kemudian jatuh dan beberapa diantaranya menghilang contohnya kisah waris turun Raja Kecil dan hubungannya dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Siak. Bak kata pujangga “Untuk Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam”.
Kali ini penulis mohon izin cuba berkongsi sebuah kisah silam hubung kait peristiwa sejarah turun temurun sebuah keluarga persisiran pantai barat Sabah yang unik dan sungguh kompleks mengambil masa kajian lebih 20 tahun melibatkan hubungan empat (4) buah Negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei yang berlaku ratusan tahun lalu yang sebelum ini tidak pernah diceritakan atau ditulis di dalam mana mana buku sejarah Sabah..
Datoh Majapar Bin Datoh Hitam @ Raja Hitam mempunyai ramai isteri dan anak anak di Inanam, Likas, Sembulan, Tanjung Aru, Putatan sehingga Kuala Penyu antara anaknya bernama Datoh Busu Bin Datoh Majapar dan Dang Tijah Binti Datoh Majapar yang pernah tinggal di Kampung Sungai Kadayan, Brunei.
Mereka dikatakan waris Kesultanan Melaka, Johor, Riau, Siak yang tidak didendang dan adalah salah seorang keturunan Raja Kecil Johor yang mengabdikan diri beliau berkhidmat dengan Kesultanan Brunei bersama ramai lagi susurgalur Kesultanan Siak lain seperti Tengku Muhamad Ali yang berhijrah Ke Brunei menyamar sebagai Nahkoda Khamis dan Raja Ismail @ Raja Laut (1745-1781) berhijrah menjadi pembesar dan penguasa di Tempasuk Kota Belud di zaman pentadbiran Kesultanan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddien 1 (1740-1795).
Raja Ismail merupakan pesaing takhta Siak yang melarikan diri dari campur tangan kuasa barat Belanda dalam pelantikan Sultan Siak yang baru dan tidak mahu nyawa rakyat yang tidak berdosa hilang begitu sahaja akibat peperangan.
Dalam Syair Perang Siak, Raja Kecil didaulat menjadi penguasa Siak atas muafakat masyarakat di Bengkalis. Ia bertujuan untuk melepaskan Siak dari pengaruh Kesultanan Johor. Sementara dalam Hikayat Siak, Raja Kecil disebut juga dengan sang pengelana waris Sultan Johor yang kalah dalam perebutan kuasa.
Berdasarkan surat-menyurat Sultan Indermasyah Yang Dipertuan Pagar Ruyung dengan Gabenor Jeneral Belanda di Melaka masa itu, menyebutkan bahawa Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah merupakan saudaranya dihantar untuk berdagang dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).
Kemudian Sultan Abdul Jalil dalam suratnya tersendiri yang ditujukan kepada pihak Belanda, menyebut dirinya sebagai Raja Kecil dari Pagaruyung, akan menuntut balas atas kematian Sultan Johor.
Pada tahun 1718, Sultan Abdul Jalil berhasil menguasai Kesultanan Johor sekaligus mengukuhkan dirinya sebagai Sultan Johor dengan gelaran Yang Dipertuan Besar Johor. Tetapi pada tahun 1722, terdapat pemberontakan yang diketuai oleh Raja Sulaiman anak Bendahara Johor, yang juga menuntut hak ke takhta Johor.
Dengan bantuan tentera upahan dari Bugis, Raja Sulaiman kemudiannya berjaya dalam kudeta takhta Johor, dan mengisytiharkan dirinya sebagai penguasa Johor di Semenanjung Malaysia.
Sementara Sultan Abdul Jalil, berpindah ke Bintan dan pada tahun 1723 membina pusat kerajaan baru di sehiliran Sungai Siak dengan nama Siak Sri Inderapura. Sementara pusat kerajaan Johor yang sebelum ini berada sekitar muara Sungai Johor ditinggalkan begitu saja, dan menjadi status quo dari masing-masing penguasa yang bertikai tersebut. Sedangkan tuntutan Raja Kecil sebagai pewaris yang sah kepada takhta Johor, diiktiraf oleh masyarakat Orang Laut atau Bajau Samah.
Orang Laut Bajau Samah adalah sekumpulan orang yang tinggal di wilayah Kepulauan Riau yang terbentang dari timur Sumatra hingga ke Laut China Selatan, dan kesetiaan ini terus berlaku hingga runtuhnya Kesultanan Siak.
Raja Kecil terpaksa melepas hegemoninya di Kepulauan Riau dan mula membina kekuatan baru di kawasan sepanjang pantai timur Sumatra. Antara tahun 1740-1745, Raja Kecil kembali bangkit dan menakluki beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Kerana mendapat ancaman dari Siak, dan di saat yang bersamaan orang-orang Bugis juga meminta balas atas jasa mereka, maka Raja Sulaiman meminta bantuan kepada Belanda di Melaka.
Dalam perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1746, Johor berjanji untuk memberikan Bengkalis kepada Belanda. Perjanjian itu kemudiannya ditanggapi oleh VOC dengan membina gudang di kawasan tersebut.
Sepeninggal Raja Kecil pada tahun 1746, tuntutan atas Johor pudar. Penerusnya Sultan Mahmud/ Muhammad memberi tumpuan kepada pengukuhan kedudukannya di pesisir timur Sumatera dan daerah vassal di Kedah dan kawasan pantai timur Semenanjung Malaya.
Pada tahun 1761, Sultan Siak membuat persetujuan eksklusif dengan Belanda, dalam ehwal perdagangan dan hak kedaulatan wilayah, serta bantuan dalam bidang senjata.
Setelah beliau meninggal dunia, muncul dualisme kepemimpinan di kerajaan ini. Raja Muhammad Ali yang lebih disukai Belanda kemudian menjadi Sultan Siak. Sementara sepupunya Raja Ismail yang tidak disukai Belanda, muncul sebagai Raja Laut, menguasai perairan timur Sumatra sampai ke Laut China Selatan, termasuk kepulauan Borneo berpengkalan di Tempasuk dan Mengkabong dan membina kekuatan di gugusan Pulau Tujuh.
Sekitar 1767, Raja Ismail telah menjadi penduaan Raja Kecil. Disokong oleh Orang Laut Bajau Samah, beliau terus menunjukkan dominasinya di perairan wilayah timur Sumatra, dengan memulakan pengendalian ke atas perdagangan timah di Pulau Bangka, kemudian menakluki Mempawah di Kalimantan Barat.
Sebelum itu Raja Ismail juga membantu Terengganu menakluki Kelantan, hubungan ini kemudian diperkuat oleh hubungan perkahwinan antara Raja Ismail dengan saudara perempuan Sultan Terengganu.
Pengaruh Raja Ismail di kawasan Nusantara sangat penting, bermula dari Terengganu, Jambi dan Palembang. Laporan Belanda menyebutkan, Palembang telah membayar 3,000-ringgit kepada Raja Ismail agar jalur pelayarannya selamat dari gangguan. Sedangkan Hikayat Siak menceritakan sambutan perayaan yang diterima oleh Raja Ismail ketika ia tiba di Palembang.
Menjelang abad ke 18, Kesultanan Siak telah menjadi kekuatan dominan di pantai timur Sumatera. Pada tahun 1780, Kesultanan Siak menakluki kawasan Langkat, dan menjadikan kawasan itu di bawah pengawasannya,termasuk wilayah Deli dan Serdang.
Di bawah ikatan perjanjian kerja sama dengan VOC, pada tahun 1784 Kesultanan Siak membantu VOC menyerang dan menundukkan Selangor. Sebelumnya mereka telah bekerja sama memadamkan pemberontakan Raja Haji Fisabilillah di Pulau Penyengat.
Pengembangan penjajahan Belanda ke kawasan timur Pulau Sumatera tidak dapat dipintas oleh Kesultanan Siak, bermula dengan pembebasan Kesultanan Deli, Kesultanan Asahan, Kesultanan Langkat, dan kemudian muncul Indragiri sebagai kawasan bebas. Begitu juga di Johor, di mana seorang sultan dari keturunan Tumenggung Johor kembali didudukkan, dan berada dalam perlindungan Inggris di Singapura.
Sementara Belanda memulihkan kedudukan Yang Dipertuan Muda di Pulau Penyengat, dan kemudian mendirikan Kesultanan Lingga di Pulau Lingga. Selain itu Belanda juga menyempitkan wilayah kedaulatan Siak, dengan mendirikan Residentie Riouw yang merupakan sebahagian daripada pemerintahan Hindia Belanda yang berkedudukan di Kota Tanjung Pinang.
Raja Ismail membantu Sultan Mahmud Shah menyerang Belanda di Riau Johor. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1781, di mana Sultan Mahmud Shah yang memerintah Riau Johor pada ketika itu telah menghantar utusan yang bernama Encik Talib ke Tempasuk untuk menyampaikan permintaan baginda kepada Raja Ismail, agar Tempasuk menghantar bantuan ketenteraan untuk menyerang Belanda di Tanjung Pinang. Baginda Sultan Mahmud Shah juga menyatakan bahawa Raja Tempasuk tersebut ada kaitan kekeluargaan dengan beliau.
Maka itu, baginda Sultan Mahmud Shah tidak segan-silu untuk memohon bantuan ketenteraan daripada orang Iranun di Tempasuk untuk mengusir Belanda di Tanjung Pinang. Oleh kerana permintaan ini datang daripada Sultan Mahmud, maka Raja Ismail sendiri telah mengetuai angkatan tentera Tempasuk yang berjumlah sekitar lebih tiga puluh buah kapal dan perahu.
Menurut sumber tempatan ukuran kapal mereka ini lebih kurang sembilan puluh kaki panjang yang boleh membawa enam puluh tan muatan dan boleh memuatkan seramai lebih satu ratus lima puluh orang.Perjalanan mereka ke Riau Johor tidaklah memakan masa yang lama kemahiran di laut membantu angkatan itu sampai dengan segera. Kapal dan perahu ini dilengkapi dengan peralatan senjata seperti meriam atau lebih dikenali sebagai ‘laila’, bersandarkan kekuatan dan kecekapan, maka tentera Raja Ismail pun belayar di Laut China Selatan.
Perjalanan mereka ini tidak menghadapi masalah dan mereka sampai ke Riau Johor dengan selamat. Apabila Raja Ismail dan tenteranya sampai di Riau Johor, maka mereka diberi taklimat berkaitan kedudukan pihak Belanda di Tanjung Pinang.
Setelah itu Raja Ismail bersama tentera Iranun pun bersiap sedia menyerang kedudukan Belanda di Tanjung Pinang, dan dalam serangan ini tentera orang Iranun telah berjaya mengalahkan Belanda dan ramai tentera Belanda yang terkorban dan dalam serangan tersebut difahamkan Raja Ismail cedera parah terputus tangannya serta turut terkorban pada tahun 1781.
Penguasaan Inggeris atas Selat Melaka, mendorong Sultan Siak pada tahun 1840 untuk menerima tawaran perjanjian baru menggantikan perjanjian yang telah mereka buat sebelum ini pada tahun 1819.
Perjanjian ini menjadikan wilayah Kesultanan Siak semakin kecil dan tersepit antara wilayah kerajaan kecil lainnya yang mendapat perlindungan dari Inggeris.Demikian juga pihak Belanda menjadikan kawasan Siak sebagai sebahagian dari pemerintahan Hindia Belanda,setelah memaksa Sultan Siak menandatangani perjanjian pada 1 Februari 1858.
Dari perjanjian ini, Siak Sri Inderapura kehilangan kedaulatannya. Maka dalam setiap pelantikan raja, Siak harus mendapat persetujuan dari Belanda. Selanjutnya dalam pengawasan wilayah, Belanda mendirikan pos tentera di Bengkalis serta melarang Sultan Siak membuat perjanjian dengan pihak asing tanpa persetujuan pemerintahan Hindia Belanda.
Kemudian berdasarkan perjanjian pada 26 Julai 1873, pemerintah Hindia Belanda memaksa Sultan Siak, menyerahkan wilayah Bengkalis kepada Residen Riau. Namun di tengah tekanan tersebut, Kesultanan Siak masih tetap bertahan sampai kemerdekaan Indonesia, walaupun semasa pendudukan tentera Jepun, kebanyakan kuasa tentera Kesultanan Siak tidak bererti lagi.
Kepulauan Natuna, Anambas, Riau dan Bangka dengan dokongan Raja Negara dari Pulau Tujuh (Pulau Tambelan, Pulau Serasan, Pulau Subi, Pulau Bunguran, Pulau Laut, Pulau Siantan dan Pulau Jemaja) serta orang laut bajau samah memainkan peranan penting dalam penguasan perairan Laut China Selatan dan juga negara negara sekelilingnya.
Berbalik kepada kisah Datoh Majapar, beliau dituduh membantu pemberontakan Paduka Mat Salleh dan digugurkan Jawatan sebagai Ketua Pembesar Kerajaan di Inanam atau “Government Chief of Inanam” oleh pihak kompeni. dan digantikan dengan Datu Mohammad Israel sebagai “Government Chief Inanam” yang baru.
Susulan dari itu beratus buah rumah di Likas, Inanam, Mengkabong sehingga Kampung Labuan Kota Belud di bakar dengan kejam oleh pihak kompeni demi membalas dendam atas sokongan Orang Laut Bajau Samah terhadap Mat Salleh.
Mengenang jasa dan perjuangan Datoh Majapar, cucu beliau bernama Orang Tua Bakar Bin Datu Busu Bin Datoh Majapar di angkat menjadi Ketua Kampung Likas, Jesselton sekitar tahun 1960 an dan susurgalur keluarganya masih boleh di jejak sehingga hari ini.
Begitulah berakhir salah satu lagi kisah silam Sabah mengenai sejarah golongan pembesar zaman dulu dulu yang telah hilang ditelan zaman. Semoga terbuka minda dan dapat menerima sebuah keindahan sejarah migrasi penduduk maritim di zaman silam.
Sumber:
1. Barnard, Timothy P. [2004], ‘Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries’, Singapore : Singapore University Press;
2. Haji Matassim, Haji Jibah [2004], ‘Dokumentasi’, Brunei: Pusat Sejarah;
3. Goudie, Donald J. [1989], ‘Syair Perang Siak’, Malaysia MBRAS;
4. Muhammad Yusoff, Hashim [1992], ‘Pensejarahan Melayu’, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka;
5. ‘Pita rakaman mengenai Raja Kechil Siak keterangan Professor Dr. Abdullah Zakeria bin Ghazali’, Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM, 5 Oktober 2003];
6. ‘Pita rakaman “Siapa Dato Khamis dan Kenapa Ia Ke Brunei? Keterangan Pg. Hj. Badaruddin bin Pg. Hj. Damit’ , Brunei, 7 April 2006.
7. As, M. S., (1996), Ulama pembawa Islam di Indonesia dan sekitarnya, Lentera Basritama, ISBN 979-8880-16-1
8. Jasmi, K., (2005), Surau: kumpulan cerpen, Penerbit Republika, ISBN 979-3210-49-4.
9. Tod, James (1899). The annals and antiquities of Rajastʾhan: or the central and …, Volume 2. Indian Publication Society. m/s. 1010.
10. Iaroslav Lebedynsky. (2006). Les Saces: Les «Scythes» d’Asie, VIIIe siècle av. J.-C. — IVe siècle apr. J.-C. Editions Erance, Paris. ISBN 2-87772-337-2
11. Suparlan P., (1995), Orang Sakai di Riau: masyarakat terasing dalam masyarakat Indonesia: kajian mengenai perubahan dan kelestarian kebudayaan Sakai dalam proses transformasi mereka ke dalam masyarakat Indonesia melalui Proyek Pemulihan Pembinaan Kesejahteraan Masyarakat Terasing, Departemen Sosial, Republik Indonesia, Yayasan Obor Indonesia, ISBN 979-461-215-4.
12. Lamry, M. S., Nor, H. M., (1993), Masyarakat dan Perubahan, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, ISBN 967-942-249-6.
13. Luthfi, A., (1991), Hukum dan perubahan struktur kekuasaan: pelaksanaan hukum Islam dalam Kesultanan Melayu Siak, 1901-1942, Susqa Press.
14. Cave, J., Nicholl, R., Thomas, P. L., Effendy, T., (1989), Syair Perang Siak: a court poem presenting the state policy of a Minangkabau Malay royal family in exile, Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
15. Coolhaas, W.P. (1964). “Generale Missiven der V.O.C.”. Journal of Southeast Asian History. 2 (7).
16. NA, VOC 1895, Malacca, 30 Januari 1718, fols.55-6.
17. Andaya, L.Y., (1975), The Kingdom of Johor, 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
18. Ryan, N.J., (1969), The making of modern Malaysia and Singapore: a history from earliest times to 1966, Oxford University Press.
19. Miller, F.P., Vandome, A.F., McBrewster, J., (2010), Johor Sultanate, VDM Verlag Dr. Mueller e.K., ISBN 6133801638.
Abshire, J., (2011), The History of Singapore, ABC-CLIO, ISBN 0-313-37742-1.
20. Barnard, T.P., Texts, Raja Ismail and Violence: Siak and the Transformation of Malay Identity in the Eighteenth Century, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, No. 3 (Oct., 2001), pp. 331-342.
21. Penelitian dan pengkajian naskah kuno daerah Jambi, Volume 2, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Direktorat Jenderal Kebudayaan, Direktorat Sejarah dan Nilai Tradisional, Proyek Penelitian dan Pengkajian Kebudayaan Nusantara, 1989
22. Cribb, R. B., Kahin, A., (2004), Historical dictionary of Indonesia, Scarecrow Press, ISBN 0-8108-4935-6.
23. Karl Hack, Tobias Rettig, (2006), Colonial armies in Southeast Asia, Routledge, ISBN 0-415-33413-6.
24. History of the Royal Dutch, Vol. 1, Brill Archive.
25. Cook, Bethune, (1819), Sir Thomas Stamford Raffles: Founder of Singapore, 1819 and some of his friends and contemporaries, London: A.H. Stockwell.
26. Trocki, C. A., (2007), Prince of Pirates: The Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784-1885, NUS Press, ISBN 9971-69-376-3.
27. Netscher, E., (1854), Beschrijving van een Gedeelte der Residentie Riouw, Tijdschrift voor Indische Taal- Land- en, Volkenkunde.
28. Overeenkomsten met de zelfbesturen in de Residentie Riouw en Onderhoorigheden 1857-1909
29. Bijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde, 1997, Volume 153, Issues 3-4, Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde, M. Nijhoff.
30. Locher-Scholten, E., (2004), Sumatran Sultanate and Colonial State: Jambi and the Rise of Dutch Imperialism, 1830-1907, SEAP Publications, ISBN 0-87727-736-2.
31. Dick, H.W., (2002), The Emergence of a National Economy: An Economic History of Indonesia, 1800-2000, University of Hawaii Press, ISBN 0-8248-2552-7.
32. Panhuys, H. F., (1978), International Law in the Netherlands, BRILL, ISBN 90-286-0108-2.
33. Wolters, O. W., (1999), History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, SEAP Publications, ISBN 0-87727-725-7.
34. Samin, S. M., (2002), Sultan Syarif Kasim II: pahlawan nasional dari Riau, Yayasan Pusaka Riau, ISBN 979-9339-65-0.
35. (Belanda) Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetenschappen, Lembaga Kebudajaan Indonesia (1862). Tijdschrift voor Indische taal-, land-, en volkenkunde. 11. Lange & Co. m/s. 113.
36. Koster, G. L., (1997) Roaming through seductive gardens: readings in Malay narrative, Volume 167 of Verhandelingen Series, Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde.
Or. 2242 IV, Surat Sultan Siak kepada Belanda tanggal 22 Ramadhan 1248 (22 Februari 1833)
37. Dutch East Indies, (1941), Regeerings-Almanak voor Nederlandsch-Indië, Volume 1.
38. Martin, L., (1889), The Negri Sembilan: their origin and constitution, Singapore, Foreign and Commonwealth Office Collection.
39. Sejarah daerah Riau, Proyek Penelitian dan Pencatatan Kebudayaan Daerah, Pusat Penelitian Sejarah dan Budaya, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, 1977.
40. Barnard, T.P., Rules for Rulers: Obscure Texts, Authority, and Policing in Two Malay States, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, No. 2 (Jun., 2001), pp. 211-225.
41. Junus, H. (2016), Bab al-Qawa’id: Kitab Pegangan Hukum Dalam Kerajaan Siak, Yayasan Pusaka Riau.
Dobbin, C. E., (1983), Islamic revivalism in a changing peasant economy: central Sumatra, 1784-1847, Curzon Press, ISBN 0-7007-0155-9.
42. L.W.C. van de Berg, Le Hadramouth et les colonies Arabes dans l’archipel Indien, Batavia:Imprimerie du gouvernement, 1886.
43. Kathirithamby-Wells, J., Royal Authority and the “Orang Kaya” in the Western Archipelago, circa 1500-1800, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 17, No. 2 (Sep., 1986), pp. 256-267.
44. Jamil, OK. NIzami (2014), Tahtaku untuk Negeriku Indonesia, Lembaga Warisan Budaya Melayu Riau.
45. Luthfi, Amir (1991), Hukum dan Perubahan Struktur Kekuasaan: Pelaksanaan Hukum Islam dalm Kesultanan Melayu Siak 1901 – 1942, Susqa Press.
46. Rahman, E., Marni, T., Zulkarnain, (2003), Alam melayu: Sejumlah gagasan menjemput keagungan, Unri Press, ISBN 979-3297-76-X
Tempo, Volume 9, Badan Usaha Jaya Press Jajasan Jaya Raya, 1979.
Berkmoes, V. R., (2010), Indonesia, Lonely Planet, ISBN 1-74104-830-3.
47. Bantuan dan kerjasama dari Jeffri Bin Mohd Asi dan Sahar Bin Haji Piassin
48. Arkib Negara Malaysia
49. British North Borneo Herald, 1.4.1897
50. Temubual Haji Yahya NC Asai, Likas